Log in Register

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name *
Username *
Password *
Verify password *
Email *
Verify email *
Laman UtamaHebahan/Muat TurunPembangunan dan PerolehanPenggunaan Borang Baharu Bagi Pengesahan Pelaksanaan KBK Dan PKK Kerja Mulai 01 Mac 2017

Penggunaan Borang Baharu Bagi Pengesahan Pelaksanaan KBK Dan PKK Kerja Mulai 01 Mac 2017

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman tuan/puan, Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) telah membuat pindaan terhadap borang pengesahan kerja Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) dan Perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK). Perbezaan antara borang lama dan borang baharu adalah seperti berikut: 1.Borang Lama - Mempunyai borang harian untuk setiap hari bekerja. Borang Baharu - Tiada borang harian. Fungsi borang harian ditukarkan kepada pengesahan kerja harian yang terdiri daripada 2 muka surat sahaja. 2.Borang Lama - Tisu di Borang KBK 3 dinyatakan sebagai Tisu Tandas sahaja. Borang Baharu - a. Tisu di Borang KBK 3 (sekolah) diperincikan kepada Tisu Tandas Gulung dan Tisu Tangan di Tandas Guru. b. Tisu di Borang KBK 3 (institusi) diperincikan kepada Tisu Tandas Gulung dan Tisu Tangan. 3. Bersama-sama ini dikemukakan borang baharu berserta surat iringan yang telah diedarkan secara hardcopy kepada semua Jabatan/ Bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk perhatian tuan/puan. Dimaklumkan bahawa penggunaan borang baharu ini hendaklah berkuatkuasa mulai 1 Mac 2017 dan boleh digunakan untuk kontrak-kontrak PKK dan KBK sedia ada. Tuan/Puan dipohon untuk mengedarkan borang baharu ini kepada PPD/ Sekolah di bawah penyeliaan tuan/puan. Sekian, terima kasih.

Hebahan Ringkas-Terkini

Jemputan Menghadiri Sesi Taklimat Dan Dialog Berhubung Pelaksanaan Program CSG Peringkat Negeri Kedah Anjuran KDN

27 Julai 2017

Jemputan Menghadiri Sesi Taklimat Dan Dialog Berhubung Pelaksanaan Program Certified Security Guards (CSG) Peringkat Negeri Kedah Anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) Semua syarikat Perkhidmatan Kawalan Keselamatan adlah diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya dua...

BORANG PEMULANGAN PERANTI YES ALTITUDE DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN PELAN DATA GURU

16 Mei 2017

Berikut saya lampirkan Borang Pemulangan Peranti YES Altitude dan Penamatan Perkhidmatan Pelan Data Guru (Bersara, Tamat Perkhidmatan, Menolak Penerimaan dan Tidak Lagi Berkhidmat di Sekolah) untuk digunapakai serta-merta menggantikan borang...

Garis Panduan Penyediaan dan Pengurusan Fail Modul Pengurusan Sekolah (EMIS Online)

17 Julai 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,   Dipanjangkan maklumat berikut untuk makluman dan perhatian pihak sekolah.  Terima Kasih.

Makluman Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengurusan Peranti YES Altitude

03 Julai 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,   Dipanjangkan maklumat berikut untuk makluman dan perhatian pihak sekolah.   Terima Kasih.  

Penyeragaman Dokumen Untuk Tuntutan Bayaran Bulanan Bagi Kontrak Kebersihan Bangunan Dan Kawasan (KBK) Dan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK)

29 Mac 2017

Assalamualaikum/Salam Sejahtera, Tuan/Puan Pengurus Syarikat KBK dan PKK Daerah Kuala Muda/Yan,   Mulai tuntutan pembayaran untuk bulan Mac 2017, pohon tuan/puan melengkapkan dokumen berikut untuk memudahkan urusan pembayaran. Untuk keterangan lanjut, sila muat turun "senarai...

Cadangan Anda

Capaian Pengguna

Go to top