Log in Register

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name *
Username *
Password *
Verify password *
Email *
Verify email *
Laman UtamaSoalan lazim

Soalan Lazim

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan oleh warga asing untuk mendapatkan kebenaran memasuki Sekolah Bantuan Kerajaan?

 i)Dua salinan surat kelahiran anak  

 ii)Dua salinan paspot anak

iii)Dua salinan paspot ibu bapa / permit masuk / sijil warganegara ibu bapa 

 iv)Dua salinan permit kerja yang sah ibu/bapa 

 v)Dua salinan Dependant Pass ibu dan anak vi) Dua surat pengesahan dari majikan

 vii)Dua salinan butir-butir persekolahan sebelumnya/surat   kelulusan daripada JPNS/PPD sebelum ini

Borang Pemeriksaan Kesihatan Untuk Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Dan Kebersihan Bangunan & Kawasan

File not found. Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) - Maksimum sehingga umur 60 tahun

Bermula umur 55 tahun perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan ataupun hospital kerajaan dan perlu disahkan sihat oleh pegawai perubatan kerajaan sekurang-kurangnya gred UD41. Laporan kesihatan beserta surat permohonan rasmi (menggunakan khidmat pekerja berumur diantara 55 - 60 tahun) perlu diserahkan kepada pengetua/guru besar sekolah terlibat untuk kelulusan. Sila Download borang di bawah.

 

 

Kebersihan Bangunan Dan Kawasan (KBK) - Maksimum sehingga umur 63 tahun

Bermula umur 55 tahun perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan ataupun hospital kerajaan dan perlu disahkan sihat oleh pegawai perubatan kerajaan sekurang-kurangnya gred UD41. Laporan kesihatan beserta surat permohonan rasmi (menggunakan khidmat pekerja berumur diantara 55 - 63 tahun) perlu diserahkan kepada pengetua/guru besar sekolah terlibat untuk kelulusan. Sila Download borang di bawah.

Bagaimana anak saya hendak memohon ke Sekolah Berasrama Penuh?

Anda hendaklah mengisi borang permohonan di sekolah. pihak sekolah akan proses borang permohonan secara on-line. 

Apakah peraturan yang perlu dirujuk dalam menguruskan stor?

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2009: Tatacara Pengurusan Stor (PP Bil. 5/2009). Penentuan kadar nilai di bawah ‘Kuasa Melulus’ telah dipinda dan perlu merujuk kepada Akta Perwakilan Kuasa 1956, P.U. (B) 285 bertarikh 6 Ogos 2009.

KATEGORI STOR

 

Kategori Stor         Kriteria
Pusat
 
 
 
 
Menyedia, mengurus dan membekal barang-barang melalui rangkaian stor peringkat negeri, daerah, bahagian, cawangan dan unit.
 
Contoh: Depot Bekalan Pusat Kementerian Pertahanan.
 
Utama
 
 
 
 
Menyedia, mengurus dan membekal baranag-barang keperluan pelanggan peringkat negeri, daerah, bahagian, cawangan dan unit.
 
Contoh: Stor utama di Kementerian dan Jabatan.
 
Unit            
 
 
Menyimpan dan membekal barang-barang untuk keperluan jangka pendek dan guna terus (tidak membuat perolehan bekalan dan bergantung hanya kepad Stor Utama).

 

 

 

Bagaimanakah saya hendak masuk ke tingkatan 6 bawah jika tidak mencukupi syarat?

Anda hendaklah mengisi borang rayuan (Borang T6BKK) dan hantar ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk diproses.

Apakah tindakan yang perlu diambil ketika mengetahui ada aset kerajaan yang hilang?

Tindakan Sekolah :
1. Pegawai yang mengetahui / menyedari kehilangan harus melaporkan kepada Ketua Jabatan (Guru Besar/Pengetua) dengan serta merta.
2. Ketua Jabatan atau pegawai yang bertanggungjawab ke atas kehilangan atau yang menjaga aset atau yang mengetahui kehilangan berlaku hendaklah melaporkan kepada Polis dalam tempoh 24 jam dari waktu kehilangan diketahui.
3. Ketua Jabatan hendaklah menyediakan 7 salinan “Laporan Awal Kehilangan Aset Alih Kerajaan”(KEW.PA.28) dalam tempoh 2 hari bekerja dan seterusnya menghantar Laporan tersebut dan salinan Laporan Polis terus kepada:

i. Kementerian Pendidikan Malaysia
   Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset
   Aras 5, Blok E2, Kompleks E
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
   62604 Putrajaya.


ii. Pengarah
   Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
   Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium
   05100 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
   (U.P: Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset)


iii. Pegawai Pendidikan Daerah
    Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan
    08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
    (U.P: Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset)


iv. Bahagian Kewangan Dan Pemantauan
     Tingkat 4, Blok Selatan
     Kompleks Kementerian Kewangan
     Presint 2, 62592 Putrajaya.


v. Akauntan Negara Malaysia,
    Jabatan Akauntan Negara Malaysia
    Bahagian Pembangunan, Perakaunan Dan Pengurusan
    Aras 7, Lot G1A, Presint 2
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62100 Putrajaya.


vi. Jabatan Audit Negara (Cawangan Pendidikan)
     Kementerian Pendidikan Malaysia
     Aras 9, Blok E12, Kompleks Kerajaan Parcel E
     Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
     62604 Putrajaya.


vii. Bahagian Audit Sekolah
      Kementerian Pendidikan Malaysia
      Tingkat 17, Wisma KWSG, Jalan Kampong Attap
      50604 Kuala Lumpur.


4. Tindakan seterusnya (pelantikan pegawai penyiasat, siasatan dan penyediaan KEW.PA-30) akan dijalankan oleh Unit Perolehan Dan Aset PPD / JPN mengikut arahan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan.

TAWARAN SEBUT HARGA BEKALAN PAKAIAN SERAGAM TAHUN 2016 KEPADA ANGGOTA PELAKSANA GRED 1 – 16 YANG LAYAK DI BAWAH PENTADBIRAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA MUDA/YAN

Mohon muat turun kenyataan tawaran berikut kepada yang berminat.

Terima kasih.

Mengapakan anak saya tidak dapat ditempatkan di sekolah yang dipohon?

Penempatan murid di sekolah berdasarkan kekosongan tempat di sekolah.

Adakah perolehan buku-buku perpustakaan perlu didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Aset?

Buku-buku perpustakaan tidak perlu diuruskan mengikut PP Bil. 5 Tahun 2007 - Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan. Pendaftaran buku tersebut hendaklah mengikut rekod yang telah diwujudkan sendiri oleh Perpustakaan.

Bilakah pertukaran guru terlatih boleh dibuat?

Pertukaran guru terlatih boleh dibuat pada bulan September bagi kelulusan Januari manaka bulan April bagi kelulusan Jun.

Apakah peraturan yang perlu dirujuk dalam menguruskan aset alih Kerajaan?

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007: Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (PP Bil. 5/2007). Walau bagaimanapun, Penentuan kadar nilai di bawah ‘Kuasa Melulus’ telah dipinda dan perlu merujuk kepada Akta Perwakilan Kuasa 1956, P.U. (B) 285 bertarikh 6 Ogos 2009.

Bilakah pendaftaran murid ke tahun 1 boleh dibuat?

Pendaftaran murid ke tahun 1 boleh dibuat di sekolah  pada bulan Mac setiap tahun bagi kanak-kanak yang telah mencapai umur 6 tahun. 

Apakah maksud “aset alih”, “aset tak alih” dan “aset hidup” ?

Aset Alih bermaksud aset atau peralatan yang boleh dipindahkan atau dialihkan dari satu tempat ke tempat lain secara mudah termasuk aset yang dibekalkan bersekali dengan penyediaan bangunan atau infrastruktur lain.

Aset Tak Alih bermaksud aset yang kekal dan tidak boleh dialih dari tempatnya iaitu tanah, infrastruktur dan bangunan.

Aset Hidup bermaksud aset bernyawa iaitu tumbugan, haiwan dan ikan. Contoh aset hidup seperti tumbuhan lanskap, haiwan zoo dan haiwan keperluan penyelidikan dan operasi.

Bagaimana hendak bertukar dari sekolah persendirian / swasta ke sekolah bantuan kerajaan?

Permohonan hendaklah dibuat kepada Unit Pengurusan Sekolah dengan  mengisi borang permohonan ASBS bersama dokumen / salinan yang berkenaan sebelum kelulusan diberi. 

Hebahan Ringkas-Terkini

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

01 November 2017

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera Pengetua/Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Kuala Muda/Yan Tuan, URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Disampaikan maklumat berhubung perkara di atas untuk...

Jemputan Menghadiri Sesi Taklimat Dan Dialog Berhubung Pelaksanaan Program CSG Peringkat Negeri Kedah Anjuran KDN

27 Julai 2017

Jemputan Menghadiri Sesi Taklimat Dan Dialog Berhubung Pelaksanaan Program Certified Security Guards (CSG) Peringkat Negeri Kedah Anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) Semua syarikat Perkhidmatan Kawalan Keselamatan adlah diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya dua...

BORANG PEMULANGAN PERANTI YES ALTITUDE DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN PELAN DATA GURU

16 Mei 2017

Berikut saya lampirkan Borang Pemulangan Peranti YES Altitude dan Penamatan Perkhidmatan Pelan Data Guru (Bersara, Tamat Perkhidmatan, Menolak Penerimaan dan Tidak Lagi Berkhidmat di Sekolah) untuk digunapakai serta-merta menggantikan borang...

Garis Panduan Penyediaan dan Pengurusan Fail Modul Pengurusan Sekolah (EMIS Online)

17 Julai 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,   Dipanjangkan maklumat berikut untuk makluman dan perhatian pihak sekolah.  Terima Kasih.

Makluman Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengurusan Peranti YES Altitude

03 Julai 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,   Dipanjangkan maklumat berikut untuk makluman dan perhatian pihak sekolah.   Terima Kasih.  

Penyeragaman Dokumen Untuk Tuntutan Bayaran Bulanan Bagi Kontrak Kebersihan Bangunan Dan Kawasan (KBK) Dan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK)

29 Mac 2017

Assalamualaikum/Salam Sejahtera, Tuan/Puan Pengurus Syarikat KBK dan PKK Daerah Kuala Muda/Yan,   Mulai tuntutan pembayaran untuk bulan Mac 2017, pohon tuan/puan melengkapkan dokumen berikut untuk memudahkan urusan pembayaran. Untuk keterangan lanjut, sila muat turun "senarai...

Cadangan Anda

Capaian Pengguna

Go to top